Ifthar Bersama Anak-Anak Yatim

Majlis Ifthar Ramadhan dan menyampaikan sumbangan duit RAYA kepada Rumah Anak Yatim & Miskin Al-Munirah telah diadakan di pada 2hb April 2023 bersamaan 11 Ramadhan 1444H di Johan Setia, Jalan Kebun, Klang. Seramai 56 anak-anak yatim dan asnaf. Pelbagai juadah disediakan termasuk dua ekor kambing golek yang ditempah khas dari Beranang, Selangor

Program bermula dengan bacaan al-quaran oleh anak-akan tahfiz sementara menunggu azan maghrib, jamuan berbuka puasa, solat maghrib berjemaah serta penyampaian duit raya kepada anak-anak di rumah Al-Munirah seterusnya solah isyak dan terawih berjemah serta diakhari dengan jamuan moreh

Alhamdulillah, terima kasih kepada pihak Kumpulan Media Karangkraf dan semua dermawan yang menyumbang serta menjayakan program ini. Syukur alhamdulillah, semoga diberkati oleh Allah SWT. Pihak kami telah sempurnakan INFAQ yang diterima.