Program CSR

Kemudahan Internet dan Wifi Perpustakaan Mini Mahmeri, Kg Sg Bumbun, Pulau Carey, Selangor

PERTUBUHAN SINAR PRIHATIN MALAYSIA (MYSINAR) bersama INTELLIGENCE NETCARE SDN BHD (INETCARE) telah berkerjasama menyediakan kemudahan internet dan wifi bagi melestarikan perkongsian maklumat dunia tanpa sempadan kepada masyarakat orang asli. Kemudahan capaian intertet (wifi) diperlukan untuk kegunaan kandungan digital serta aktiviti interaktif di Perpustakaan Mini di Kg. Sg. Bumbun amnya.

MYSINAR diberi mandat besar sebagai Penganjur Utama bersama JKKN Selangor  & Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bagi Karnival Merakyatkan Seni Budaya Mah Meri yang berlangsung pada 1-3 Sept 2023 yang lepas, rentetan dari Karnival tersebut program CSR diteruskan dengan lebih meluas lagi

Majlis penyerahan disempurnakan oleh YBgh Datuk Hj. Muhamad Nasir Bin Hj. Hamzah, Penasihat MySinar bersama Tuan Hj. Ithnin Bin Hj.Othman, Ketua Pegawai Eksekutif, Intelligence Netcare Sdn Bhd (iNetcare) serta diiringi oleh En.Azman Bin Sap, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung, Kg. Orang Asli Sungai Bumbun dan En. Mohd Nor Bin Hj. Yaakub, Pegawai Kemajuan Orang Asli, Daerah Kuala Langat Dan Klang. Turut mengiringi dalam majlis ini En. Mohd Fadzil Fairus Bin Guriman, Pengerusi MySinar, En. Rosdi Bin Md. Hasan, Setiausaha Agong MySinar serta kakitangan iNetcare