Selamat Datang

Selamat Datang

Selamat datang ke Laman-Sesawang Pertubuhan Sinar Prihatin Malaysia atau lebih dikenali sebagai MySinar. Telah ditubuhkan pada 16 Disember 2020 dan berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dengan nombor pendaftaran PPM-029-10-16122020 di bawah Akta Pertubuhan 1966. Pusat operasi pihak kami ialah di Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Sejak awal penubuhannya, MySinar telah mempelbagaikan aktivitinya dengan menjalankan aktiviti kemasyarakatan, kebajikan, kebudayaan dan kesenian, pendidikan, kesukanan dan keusahawanan selaras dengan moto MySinar iaitu “Cakna & Prihatin”.

MySinar menghargai dan amat mengalu-alukan semua pihak untuk berkoloborasi bagi menjayakan pelbagai aktiviti dan juga memberi sumbangan untuk disalurkan kepada mereka yang terkesan dengan pelbagai bencana yang berlaku dalam Negara Malaysia.