Rumah kami kosong, banyak barang rosak – Mangsa banjir

PASIR PUTEH – Beberapa penduduk Kampung Bunut Rendang di sini reda apabila terpaksa melakukan kerja-kerja pembersihan selama beberapa hari selepas diuji dengan musibah banjir tiga minggu lalu.

Mereka mendakwa musibah banjir luar jangka tahun ini lebih teruk kerana banyak harta benda terutama perabot dan peralatan elektrik terpaksa dilupuskan.Seorang penduduk, Kamariah Ghazali, 40, berkata, kediamannya kini kosong apabila kesemua barang rosak kerana tidak sempat disimpan di tempat selamat.

“Rumah saya tidak pernah dinaiki air sejak 14 tahun tinggal di situ walaupun bah besar pada tahun 2014″. Banjir tahun ini air menyebabkan air naik sehingga 0.6 meter di dalam rumah dan kami semua terpaksa berpindah tanpa sempat mengemas perabut dan keperluan lain,” katanya.

Menceritakan situasi banjir yang dihadapi, Kamariah berkata, hujan lebat selama dua hari mengakibatkan air naik mendadak dan dia bersama suami serta tiga anak terus berpindah pada jam 8.30 pagi 27 November.Katanya lagi, paras air naik dengan cepat kerana pada jam 8 pagi dia masih melakukan kerja-kerja rumah tetapi beberapa minit kemudian halaman rumah dilihat digenangi air sehingga 0.3 meter.

#Aswany Omar | 24 Disember 2024 12:57pm

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *