1. Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut;

A. Ahli Biasa
i. Kewarganegaraan : Malaysia
ii. Umur Minima : 18 tahun
iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Seluruh Malaysia
iv. Keturunan/Bangsa : Semua
v. Jantina : Semua
vi. Agama : Semua
vii. Kriteria Keahlian Yang Lain : Tiada

B. Ahli Bersekutu
Terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria ahli biasa.

C. Ahli Kehormat
Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada pertubuhan. Mereka ditentukan oleh Jawatankuasa dan terkecuali dari pembayaran yuran.

D. Ahli Seumur Hidup
Terbuka kepada Ahli Biasa yang membayar yuran sekaligus.

E. Ahli Remaja
Terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Mereka perlu mendapatkan surat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga yang sah. Mereka tidak boleh mengundi atau memegang jawatan dalam Pertubuhan.

2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab.

AHLI BIASA
Berumur : 18 Tahun ke Atas

AHLI REMAJA
Berumur : 18 Tahun ke Bawah
—————————————-
Untuk Daftar Ke-Ahlian
Sila Klik atau Scan QR Code di Bawah
.

NOTA / PENAFIAN

  • Pendaftaran ini adalah pendaftaran hanya sekali seumur hidup.
  • Sila isi Maklumat Lengkap berserta Satu(1) Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang di bahagian lampiran.
  • Setiap pendaftaran di kenakan Yuran Ahli RM31 ( RM 1-Yuran daftar Ahli dan RM30 Yuran Ahli seumur hidup).
  • Kelulusan Pendaftaran secara Automatik apabila Yuran Ahli di bayar secara Online dan resit bayaran di sertakan di bahagian lampiran dan pihak pertubuhan mengesahkan penerimaan bayaran Yuran tersebut.
  • Data peribadi AHLI adalah hak milik Pertubuhan dan sebarang perubahan atau cadangan ahli boleh email kepada admin@mysinar.org.
  • Setiap ahli perlu hadir sekurang-kurang ke Mesyuarat Agung DwiTahunan bagi Pertubuhan yang akan diadakan dalam tempoh dalam tempoh 24 bulan daripada tarikh Mesyuarat Agung DwiTahunanTerakhir pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa.