Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Selamat datang ke laman web Pertubuhan Sinar Prihatin Malaysia atau lebih dikenali sebagai MySinar.

Bersandarkan kecaknaan dan keprihatinan dalam menjalankan pelbagai aktiviti dan turut serta membantu masyarakat yang terkesan di negara ini, kami di MySinar bertekad memanfaatkan dan berkongsi pengalaman kepada setiap pengunjung laman web ini di samping meneruskan misi organisasi ini untuk terus berbakti pada masa akan datang.

Pada peringkat awal penubuhan MySinar, ianya bermula daripada kesepakatan bersama para sahabat untuk membantu masyarakat yang sedang menghadapi bencana banjir dan juga bebanan hidup yang menghimpit dikala berlakunya pandemik COVID-19 ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan bagi mengekang penyebaran wabak virus di negara ini.

Rentetan daripada kejayaan beberapa misi bantuan yang berskala kecil sehinggakan akhirnya didaftarkan secara rasmi dengan nama Pertubuhan Sinar Prihatin Malaysia, MySinar kini terus melangkah jauh dengan menjadi penganjur pelbagai program berskala besar yang bermatlamat untuk mengumpul dana bagi membantu masyarakat yang terkesan dengan pelbagai bencana selaras dengan motto pertubuhan iaitu “Cakna & Prihatin”.

Pihak kami ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah telah memberi kepercayaan kepada MySinar selama ini dengan memberi sumbangan dan juga bekerjasama dalam berkoloborasi menjayakan pelbagai program yang telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang sebelum ini. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan memberi ganjaran kepada semua di dunia hingga akhirat.

Akhir kata, kami berharap agar laman web ini dapat memberikan anda maklumat mengenai pertubuhan MySinar, dan kami mengalu-alukan sebarang cadangan penambahbaikan atau maklum balas daripada anda demi memperbaiki keberkesanan maklumat yang dipaparkan dalam laman web ini.

Terima kasih kerana melayari laman web kami.

YBHG. DATUK HJ. MUHAMMAD NASIR BIN HJ. HAMZAH